Thursday, February 18, 2010

MI JAWA

Agak lama rasanya seleramee.blogspot.com tidak mengupdate blognya. Hari ni seleremee kembali dengan resepi MI JAWA. Bagi pengemar2 mee.. di harap resepi ini dapat membantu mempelbagaikan masakan mee anda.

 

Bahan-bahannya:
500 ml air rebusan udang
150 gm keledek - direbus dan di lecek
150gm daging - direbus dan di hiris nipis
120gm udang segar - direbus
60ml minyak masak
1 liter air rebusan daging
2 biji tomato - dihiris kecil
2 sudu makan tepung jagung
150 ml air
(bahan bewarna biru dibancuh)
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 yang dikisar:
40gm udang kering - direndam
3 ulas buah keras
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1cm halia, kunyit hidup dan lengkuas
2 sudu makan kacang tanah goreng
1 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan-bahan sampingan:
500gm mee kuning - dicelur
150gm tauge
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris dadu
4 biji telur rebus - di belah 2
2 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 tangkai daun bawang
4 tangkai daun sup
( bahan bewarna biru dihiris)
5 sudu makan bawang goreng
5 biji limau kasturi - dibelah 2

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga keluar minyak
2. Masukkan keledek, air asam jawa, air rebusan daging dan air rebusan udang. kacau sekali sekala hingga mendidih
3. Kemudian masukkan campuran tepung jagung dan tomato. Bila kuah mula pekat, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, tutupkan api.
4. Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah panas.

SELAMAT MENJAMU SELERA

10 comments:

  1. wow..menyelerakan..updated blogger terhebat

    ReplyDelete
  2. sedapnya..teringat lak mee jawa kat sarawak dan mee bandung muar....

    ReplyDelete
  3. Hello Chegu, noticed a lovely lady in designer sunglasses and busybody over...
    Wow! I have always loved mee jawa. Looking at your creative and delicious mee jawa, I agak2 tiga bowls saya boleh lichin kan, ha ha.
    Just kidding....
    There is nothing more spectacular or appealing than a beautiful mother, a wife in the act of cooking for her loved ones.
    As the ingredients she uses is called, 'Love'.

    You have a nice day, stay young and keep a song in your heart, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  4. thanks Lee.. nak makan 3 mangkuk pun xpe.. itu sangat memberi kepuasan kepada orang yang memasak.. :)

    ReplyDelete
  5. sedap la nampak nak cuba gak la... thank 4 resepi

    ReplyDelete
  6. wawah
    xtau plak bleh blaja masak kat sini
    ;)

    ReplyDelete
  7. mi jawa.. baru mkn td petang hehe

    ReplyDelete