Thursday, February 18, 2010

MI JAWA

Agak lama rasanya seleramee.blogspot.com tidak mengupdate blognya. Hari ni seleremee kembali dengan resepi MI JAWA. Bagi pengemar2 mee.. di harap resepi ini dapat membantu mempelbagaikan masakan mee anda.

 

Bahan-bahannya:
500 ml air rebusan udang
150 gm keledek - direbus dan di lecek
150gm daging - direbus dan di hiris nipis
120gm udang segar - direbus
60ml minyak masak
1 liter air rebusan daging
2 biji tomato - dihiris kecil
2 sudu makan tepung jagung
150 ml air
(bahan bewarna biru dibancuh)
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 yang dikisar:
40gm udang kering - direndam
3 ulas buah keras
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1cm halia, kunyit hidup dan lengkuas
2 sudu makan kacang tanah goreng
1 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan-bahan sampingan:
500gm mee kuning - dicelur
150gm tauge
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris dadu
4 biji telur rebus - di belah 2
2 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 tangkai daun bawang
4 tangkai daun sup
( bahan bewarna biru dihiris)
5 sudu makan bawang goreng
5 biji limau kasturi - dibelah 2

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga keluar minyak
2. Masukkan keledek, air asam jawa, air rebusan daging dan air rebusan udang. kacau sekali sekala hingga mendidih
3. Kemudian masukkan campuran tepung jagung dan tomato. Bila kuah mula pekat, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, tutupkan api.
4. Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah panas.

SELAMAT MENJAMU SELERA

Wednesday, December 30, 2009

MEE HAILAM



Bahan2nya:
500gm mee kuning
500ml air rebusan daging
300gm isi ayam - dihiris
200gm daging- direbus
200gm sawi - dipotong
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 susu makan sos tiram
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
2 biji telur
1 biji cili merah - dihiris
1 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan air rebusan
  4. Masukkan daging, telur, ayam, sawi, garam, serbuk lada sulah, cili merah dan serbuk lada hitam apabila air mendidih
  5. Masukkan mee dan minyak bijan
  6. Kacau hingga mee lembut dan angkat
SELAMAT MENJAMU SELERA

MEE BANDUNG



Bahan2nya:
500gm mi kuning - dicelur
400gm daging
300gm udang basah
250gm sawi - dipotong
1.5 liter air
2 biji tomato - dibuang kulit dan dikisar
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan puri tomato
1 sudu makan tepung jagung
200ml air
(bahan berwarna biru dibancuh bersama)
4 biji telor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 dikisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu makan udang kering - direndam sehingga lembut

Bahan2 hiasan:
5 tangkai daun bawang
3 biji limau kasturi - dibelah
2 biji cili merah - dihiris nipis
bawang goreng

Cara2nya:
1. Daging direbus sehingga empuk.
2. Selepas daging empuk, keluarkan daging dan masukkan udang, rebus hingga lembut
3. Panaskan minyak
4. Tumiskan bahan dikisar
5. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan air rebusan tadi
6. Masukkan sawi serta bancuhan tepung jagung apabila air mendidih
7. Tambah garam dan gula secukup rasa
8. Pecahkan telur sebiji2, kacau perlahan2
9. Masukkan mee ke dalam mangkuk, tuangkan kuah, hiaskan dengan bahan hiasan

SELAMAT MENJAMU SELERA


MEE GORENG MAMAK



Bahan2nya:
500gm mi kunig - dicelur
300gm taugeh
60ml minyak masak
30ml sos cili
60ml sos tomato
2 biji telor
8 tangkai sawi
2 biji cili hijau
1 biji bawang besar
1 biji tomato
(bahan2 berwarna biru hendaklah dikisar)
1 keping tauhu - digoreng, dihiris nipis
1 biji kentang - direbus, dihiris
Garam secukup rasa

Bahan2 perisa:
3 sudu makan air
2 sudu makan kicap pekat
1- 2 sudu teh serbuk cili

Bahan2 diperap:
200gm daging - dihiris nipis
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan2 hiasan:
5 tangkai daun bawang - dihiris
Bawang goreng

Cara2nya:
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang besar hingga kekuningan
3. Masukkan daging, kacau hingga kering airnya.
4. Masukkan bahan2 perisa, sos tomato, sos cili - gaul rata.
5. Masukkan mi, sawi, cili hijau, taugeh dan telor. Kacau rata.
6. Masukkan cili, tomato, tauhu dan kentang. Tambahkan sedikit garam kalau perlu. Gaul rata2. Angkat.
7. Taburkan ngan bahan2 hiasan sebelum dihidang.

SELAMAT MENJAMU SELERA

Friday, December 18, 2009

MEE GORENG



Bahan2nya:
300gm mi kuning
100gm udang basah - dibuang kulit
100gm isi ayam - dipotong nipis
100gm taugeh
100gm kubis
1 biji cili merah
60ml minyak masak
50ml air rebusan ayam
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
4 tangkai sawi dihiris
timun, tomato, cili - sebagai hiasan

Bahan2 tumisan:
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk

Cara2nya:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2.Tumiskan bahan tumisan hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan air rebusan ayam - kacau sehingga ayam masak.
4. Masukkan udang, sos tiram, kicap pekat, sos cili, sos tomato dan sedikit garam - gaul rata.
5. Masukkan mee, sawi dan kubis - gaulkan.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang, daun sup, cili, timun dan tomato.

SELAMAT MENJAMU SELERA