Wednesday, December 30, 2009

MEE BANDUNG



Bahan2nya:
500gm mi kuning - dicelur
400gm daging
300gm udang basah
250gm sawi - dipotong
1.5 liter air
2 biji tomato - dibuang kulit dan dikisar
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan puri tomato
1 sudu makan tepung jagung
200ml air
(bahan berwarna biru dibancuh bersama)
4 biji telor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 dikisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu makan udang kering - direndam sehingga lembut

Bahan2 hiasan:
5 tangkai daun bawang
3 biji limau kasturi - dibelah
2 biji cili merah - dihiris nipis
bawang goreng

Cara2nya:
1. Daging direbus sehingga empuk.
2. Selepas daging empuk, keluarkan daging dan masukkan udang, rebus hingga lembut
3. Panaskan minyak
4. Tumiskan bahan dikisar
5. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan air rebusan tadi
6. Masukkan sawi serta bancuhan tepung jagung apabila air mendidih
7. Tambah garam dan gula secukup rasa
8. Pecahkan telur sebiji2, kacau perlahan2
9. Masukkan mee ke dalam mangkuk, tuangkan kuah, hiaskan dengan bahan hiasan

SELAMAT MENJAMU SELERA


No comments:

Post a Comment